Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
- mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
- mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
- melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
- Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
- Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
- Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
- Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.
(Sumber - Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
1 comments:
Bagus article ini, keep it up!
trademark Malaysia
Post a Comment