Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara bersemuka di antara guru dan pelajar. Walau bagaimanapun dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah menjadi pemangkin dalam P&P. Konsep pembelajaran menggunakan internet juga bukanlah sesuatu yang baru, malah kerajaan Malaysia sejak tahun 1997 telah melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School, 1997) sejajar dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC).
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa kekangan dan kekurangan dalam pengimplementasian TMK dalam P&P di sekolah-sekolah. Justeru, bolehkah kawan-kawan menyenaraikan 3 kekangan & 3 cadangan mengatasi masalah tersebut?
0 comments:
Post a Comment