E-DAGANG

Apa itu E-Dagang?
E-Dagang atau lebih dikenali sebagai istilah dotcom merupakan satu alat atau mekanisme yang akan membantu pembekal perkhidmatan/produk mengembangkan pasaran produk atau perkhidmatan mereka. E-Dagang merupakan satu kaedah transaksi elektronik secara maya melangkaui sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, syarikat dapat menubuhkan pejabat juga secara maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja mereka berada. Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, alat-alat permainan dan peralatan sukan dapat mendirikan gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya.

Klasifikasi E-Dagang
E-Dagang dapat diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu antara:
        i.            Perniagaan & Perniagaan
-          Melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat.
-          Biasanya melibatkan pembekal dan syarikat penjual/pemasar.
-          Contoh: Sebuah kilang pengeluar/pencetak buku akan berurusan dengan sebuah gedung buku.

      ii.            Perniagaan & Pengguna
-          Melibatkan penjual dengan pengguna akhir sesuatu produk.
-          Contoh: Gedung buku menjual produknya kepada pengguna melalui e-dagang.

Selain itu, e-dagang boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
        i.            Pasaran elektronik
-          Ia adalah jaringan interaksi dan hubungan di mana segala maklumat, produk, perkhidmatan dan urusan pembayaran boleh dijalankan.
      ii.            Sistem maklumat dalaman syarikat
-          Segala maklumat disalurkan di antara dua buah atau lebih syarikat.

Kepentingan E-Dagang Dalam Dunia Perniagaan
        i.            Membekalkan lebih banyak maklumat kepada pelanggan dengan lebih tepat dan pantas.
      ii.            Membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk mengenalpasti, memadankan, serta membuat inovasi dalam produk.
    iii.            Cepat, mudah, selamat dan boleh dipercayai.
    iv.            Pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain.
      v.            Mesra pelanggan, iaitu kaedah pencarian produk yang lebih mudah, kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.
Lima dimensi perkhidmatan yang dikenalpasti yang perlu ada pada syarikat yang menjalankan perniagaan secara e-dagang ialah:
1)      Kewujudan rasa tanggungjawab yang tinggi
2)      Kebolehpercayaan
3)      Jaminan
4)      Mesra pelanggan
5)      Inovasi berterusan ke atas penambahbaikan kualiti produk.

Faedah-faedah Perniagaan Melalui E-Dagang
        i.            Rakan Kongsi Maya
-          Terdapat pembekal yang melantik agen maya secara bebas kepada mana-mana pemilik/webmaster laman web. Pemilik laman web yang berminat akan mengisikan borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat mereka akan dilantik menjadi rakan kongsi maya setelah memasang sepanduk pembekal di dalam laman mereka. Kod sumber html sepanduk berkenaan akan melibatkan No. ID (pengenalan) perujuk (pemilik laman web) di mana perujuk akan diberikan komisyen setiap kali transaksi berlaku menerusi laman web berkenaan.

      ii.            Penajaan
-          Ada juga pemilik/webmaster laman web lain yang ditaja oleh syarikat korporat untuk memasarkan produk/perkhidmatan yang dikeluarkan. Pemilik/webmaster biasanya terdiri daripada golongan profesional di bidang masing-masing untuk mempromosikan produk/perkhidmatan syarikat korporat dan dibayar royalti atau gaji bagi mereka yang bekerja secara rasmi dengan syarikat berkenaan, sama ada secara langsung ataupun sebaliknya.

    iii.            Memudahkan Pembayaran Dilakukan
-          Transaksi e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini, nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual.

Contoh perniagaan yang menjalankan konsep e-dagang.
Amazon.Com
Amazon.com memudahkan pengguna untuk berbelanja secara online. Pengguna dapat browse/surf dengan mudah di amazon.com. Produk yang ditampilkan juga telah dibahagikan mengikut kategori tertentu. Amazon.com sentiasa tampil dengan produk-produk yang baru dan maklumatnya juga sentiasa diupdate secara terus menerus. Selain itu, setiap produk akan ditunjukkan melalui gambar yang menarik. Tiap produk yang ditawarkan diwakili dengan display produk itu sendiri dan pengguna akan dapat melihat dengan jelas gambaran produk yang dijual.

Namun, dari setiap tampilan display, produk tidak selalu disertai dengan paparan harga. Dengan demikian, “memaksa” para pengguna untuk mengklik produk tersebut jika pengguna ingin tahu harga yang ditawarkan. Ketika sudah masuk pada produk yang diinginkan, pengguna kembali dipaparkan dengan pelbagai pilihan yang menarik. Sebagai contoh, kita tertarik pada produk baru (new item) yang ditawarkan, misalnya iPod. Maka, tidak hanya iPod yang kita klik tadi yang muncul, tetapi pelbagai jenis iPod yang lain dan MP3 Player lain turut dipaparkan. Hal ini terjadi mungkin kerana iPod tadi masuk dalam kelas MP3 Player dalam katalog amazon.com. Bila sudah masuk dalam kategori-kategori itu, barulah muncul harga yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan pun sudah dibuat sedemikan rupa sehingga produk menarik untuk dibeli dengan segera. Ada paparan harga asli (list price) dan harga istimewa khusus pembelian di amazon.com (our price) dengan keterangan bayaran yang dapat dibeli pelanggan apabila membeli di amazon.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

sali zur'ain zulkefli said...

tq utk info nie..:d

Post a Comment